Setiap calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu mempunyai strategi tersendiri untuk menarik undi golongan muda.<br /><br />Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Annuar Rapaee berkata, hal ini penting memandangkan golongan itu lebih cenderung memilih personaliti calon berbanding ideologi politik.